Pakej Percutian Medan Danau Toba 2 Hari 1 Malam

Anda pasti akan tertarik dengan Pakej Percutian Medan Danau Toba 2 Hari 1 Malam ini. Bagi Anda yang inginkan pengalaman bercuti ke tempat penuh sejarah dan keindahan alam, Medan adalah destinasi yang wajib dijelajahi. Medan bukan sekadar bandar besar, tempat memiliki budaya dan keunikan tradisi Batak yang berpadu dengan panorama alam yang menakjubkan. Akan ada makanan istimewa hingga seni bina yang unik, kota ini menawarkan pengalaman tak terlupakan yang memikat siapa saja yang datang.

Pakej percutian ke Medan ini akan mengajak Anda melawat salah satu bandar di Sumatera. Medan memiliki pelbagai tarikan yang seronok untuk diterokai. Selain Danau Toba yang mempesona, Anda juga boleh melawat Sipiso Piso Waterfall yang megah, Simarjarunjung Nice Hill Panorama yang cantik, dan merasai kehidupan setempat di pasar-pasar tradisionalnya.

Air Terjun Sipiso-Piso adalah keajaiban alam yang wajib dikunjungi dalam pakej percutian ini. Dengan ketinggian sekitar 120 meter, air terjun ini mengalir deras dari ketinggian di atas tebing yang curam dan menghadap pemandangan yang cantik. Tempat ini dikelilingi oleh bukit hijau dan hamparan ladang sayur menjadikan tempat ini bak syurga tersembunyi. Anda akan menjumpai suasana tenang dan udara yang segar.

Sedangkan Simarjarunjung Nice Hill Panorama adalah destinasi yang memukau dan sering menjadi titik kegemaran dalam pakej percutian Medan Danau Toba. Terletak di atas bukit yang menghadap pemandangan luas Danau Toba, Simarjarunjung menawarkan panorama alam yang sukar ditandingi. Di sini, Anda boleh menikmati pemandangan indah hamparan danau yang dikelilingi oleh bukit-bukit hijau, serta kabut tipis yang sering melingkari kawasan ini.

Untuk bercuti ke Medan, Anda boleh memilih penerbangan langsung dari Kuala Lumpur yang hanya memakan masa sekitar satu jam. Agar perjalanan Anda lebih mudah dan teratur, menggunakan khidmat travel agent seperti Joglo Wisata adalah pilihan bijak. Kami akan memastikan setiap detik di Medan dan Danau Toba menjadi kenangan terbaik untuk Anda dengan pelbagai pakej percutian Medan yang disesuaikan dengan keinginan.

Itinerary Pakej Percutian Medan Danau Toba 2H1M

Bukan Medan sahaja, kami juga ada Pakej Percutian Padang 3 Hari 2 Malam untuk anda yang inginkan tempoh yang lebih lama. Jadual perjalanan pakej percutian Padang 3 hari 2 malam Anda ialah

Hari 1: Medan, Kwan Im Temple, Siantar City, Pantai Bebas Parapat (Lunch, Dinner)

  • Dijemput oleh pemandu pelancong dari hotel penginapan di sekitar bandar raya Medan
  • Memulakan perjalanan darat menuju ke Parapat yang dijangka mengambil masa selama 4 jam
  • Singgah membeli-belah snek dan buah tangan makanan khas Medan di Paten Shop
  • Melawat ikon pelancongan popular seperti Tugu Becak, Tokong Kwan Im (Kwam Im Temple), dan menerokai keunikan Kota Siantar
  • Menikmati angin segar dan pemandangan di Pantai Bebas Parapat
  • Daftar masuk (check-in) hotel dan acara bebas mengikut keselesaan sendiri

Hari 2: Samosir Island, Tomok Villages, Tanjung Unta Lake Toba View, Simarjarunjung Nice Hill Panorama, Sipiso Piso Waterfall, Berastagi, Taman Pagoda Lumbini (Breakfast, Lunch)

  • Sarapan pagi di hotel dan urusan daftar keluar check-out bilik
  • Menaiki bot/feri untuk menyeberang ke Pulau Samosir, melawat Desa Tomok (Jika jumlah peserta seramai 13 orang ke atas, lawatan akan merangkumi Desa Tomok dan Desa Ambarita)
  • Singgah di Tanjung Unta untuk menikmati panorama (view) indah Danau Toba yang memukau
  • Menuju ke Simarjarunjung Nice Hill Panorama untuk sesi fotografi
  • Diteruskan dengan lawatan ke destinasi ikonik, Air Terjun Sipisopiso
  • Singgah dan membeli-belah di Pasar Buah-buahan dan Bunga-bungaan di Berastagi
  • Melawat keindahan seni bina Taman Pagoda Lumbini
  • Bertolak pulang ke Medan. Setibanya di destinasi, program kembara tamat dengan jayanya.(Saranan: Peserta dinasihatkan untuk mengambil tiket penerbangan pulang pada waktu malam, sebaik-baiknya jam 18:00 / 6:00 petang ke atas).

Harga Pakej Percutian Medan Danau Toba 2H1M

Travel ke Medan sangat mudah dan berpatutan. Harga pakej percutian medan Danau Toba 2 hari 1 malam ini boleh diselaraskan mengikut kehendak Anda, tetapi hubungi CS kami dahulu.

Harga Pakej Percutian Medan Danau Toba 2H1M

Fasilitas Pakej Percutian Medan Danau Toba 2H1M

Kemudahan pakej Medan Danau Toba 2 hari 1 malam yang disediakan sepanjang percutian ialah

Harga Sudah Termasuk:Harga Belum Termasuk:
  • Hotel 3 malam dan breakfast
  • Pengangkutan sepanjang hari (private tour)
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual perjalanan & parkir
  • Return boat for Samosir island
  • Mineral water
  • Guide/Driver
  • Personal expenses
  • Tipping guides/drivers
  • Tiket penerbangan
  • Porter lapangan terbang
  • Makanan tambahan
Summary
Rating
product image
Author Rating
Aggregate Rating
5 based on 8 votes
Brand Name
Joglo Wisata
Product Name
Pakej Percutian Medan Danau Toba 2 Hari 1 Malam
Price
IDR 2050000
Product Availability
Pre-Order Only

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

Pakej Percutian Medan 5 Hari 4 Malam (1)

Pakej Percutian Medan 5 Hari 4 Malam

Pakej percutian Medan 5 hari 4 malam ini akan membawa Anda ke suasana penuh keistimewaan. Sebagai kota terbesar di Sumatera Utara, Medan kaya dengan budaya, sejarah, dan warisan yang tak ternilai. Di sini, keindahan alam berpadu sempurna dengan keramahan penduduk tempatan yang mesra. Setiap sudut kota ini seperti menyimpan cerita yang membuat siapa saja tertarik […]

Pakej Percutian Medan 3 Hari 2 Malam

Pakej Percutian Medan 3 Hari 2 Malam

Pakej percutian Medan 3 Hari 2 malam ini kami berikan hanya untuk Anda. Siapa yang tidak kenal Medan? Kota yang satu ini menyimpan pelbagai tempat menarik untuk diterokai. Ada banyak tarikan unik yang menunggu untuk diselami, mulai dari keindahan alamnya yang luar biasa cantik, budaya yang kaya, hingga makanan tradisional yang menggoda selera. Tidak hanya […]

Pakej Percutian Medan 4 Hari 3 Malam

Pakej Percutian Medan 4 Hari 3 Malam

Pakej percutian Medan 4 hari 3 malam ini akan mengajak Anda melawat ke tarikan Medan yang terkenal dengan keindahan semula jadinya dan budaya yang kental. Medan terletak di Sumatera Utara Indonesia dan menjadi kota besar yang penuh dengan warna-warni kehidupan dan pemandangan alam yang memukau. Jika Anda sedang mencari destinasi dengan gabungan alam, sejarah, dan […]