Pakej percutian Medan 5 hari 4 malam ini akan membawa Anda ke suasana penuh keistimewaan. Sebagai kota terbesar di Sumatera Utara, Medan kaya dengan budaya, sejarah, dan warisan yang tak ternilai. Di sini, keindahan alam berpadu sempurna dengan keramahan penduduk tempatan yang mesra. Setiap sudut kota ini seperti menyimpan cerita yang membuat siapa saja tertarik untuk menggali lebih dalam. Medan adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan.
Pakej percutian ke Indonesia ini cocok untuk Anda yang ingin merasakan suasana Asia Tenggara yang autentik secara khusus di Medan. Tarikan ke Medan sangat banyak, Anda tidak hanya menemui wisata alam yang memukau, tetapi juga pelbagai jenis hiburan menarik yang membuat percutian terasa lebih berwarna. Mulai dari wisata sejarah, kuliner tempatan yang menggugah selera, hingga tempat-tempat ikonik seperti Istana Maimun dan Danau Toba yang begitu terkenal.
Ada juga Tomok Village, salah satu destinasi yang wajib dikunjungi apabila Anda bercuti ke Medan. Kampung ini menawarkan suasana tradisional Batak Toba yang begitu kental. Di sini, Anda boleh merasai pengalaman mendalam tentang budaya Batak yang unik melalui rumah-rumah adat yang klasik dan menarik perhatian. Tomok Village turut menyimpan sejarah panjang melalui objek-objek purba yang sangat ikonik, salah satunya adalah Makam Raja Sidabutar yang berusia ratusan tahun.
Satu lagi tempat yang tidak boleh dilepaskan ialah Sipiso Piso Waterfall. Air terjun ini memiliki ketinggian lebih daripada 120 meter dan menjadi tertinggi di Indonesia. Saat Anda melangkah ke kawasan ini, panorama alam yang indah sudah pasti akan memukau mata. Udara sejuk di sini turut menambah keselesaan untuk menikmati pemandangan yang tiada tandingan. Lebih seronok lagi, Sipiso Piso Waterfall menawarkan pelbagai sudut pandang untuk Anda yang suka fotografi.
Pakej percutian ke Medan 5 hari adalah tempoh yang tepat untuk menikmati semua yang ditawarkan kota ini tanpa terburu-buru. Dalam masa lima hari, Anda boleh menjelajah tempat-tempat terbaik di Medan dengan santai dan puas. Segala keindahan dan keunikan Medan dapat dirasai dengan lebih mendalam dan jadi pengalaman yang akan Anda kenang sepanjang hayat.
Itinerary Pakej Percutian Medan 5H4M
Bercuti ke Medan sekarang dah mudah. Jika mempunyai masa yang terhad, Anda boleh mencuba Pakej Percutian Medan Danau Toba 2 Hari 1 Malam, dan Jadual perjalanan pakej percutian Medan 5 hari 4 malam Anda ialah
Hari 1: Paten Shop, Tugu Becak-Kwan Im Temple & Siantar City, Pantai Bebas Parapat (Lunch, Dinner)
- Dijemput oleh pemandu pelancong kami di hotel sekitar Medan
- Memulakan perjalanan menuju ke Parapat yang mengambil masa sekitar 4 jam
- Singgah membeli-belah buah tangan dan snek tradisi khas Medan di Paten Shop
- Melawat Tugu Becak, Tokong Kwam Im (Kwam Im Temple), dan menerokai sekitar Kota Siantar
- Menikmati keindahan angin sepoi-sepoi di Pantai Bebas Parapat
- Daftar masuk (check-in) hotel di Parapat & atur cara bebas
- Makan malam disediakan di restoran tempatan.
Hari 2: Tomok Villages (Breakfast, Lunch, Dinner)
- Sarapan pagi di hotel
- Bersedia untuk menaiki feri/bot menuju ke Pulau Samosir (perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit). Di sana, kita akan melawat Desa Tomok dan Ambarita untuk mengenali keunikan budaya suku Batak
- Meluangkan masa untuk membeli-belah barangan kraf tangan dan cenderahati khas Toba
- Bertolak pulang menaiki feri ke Parapat
- Makan tengahari di restoran tempatan
- Pulang ke hotel untuk berehat & atur cara bebas
- Makan malam disediakan di restoran tempatan
- Kembali ke hotel di Parapat untuk berehat
Hari 3: Tanjung Unta Lake Toba View, Simarjarunjung Nice Hill Panorama, Sipiso Piso Waterfall, Pagoda Lumbini (Breakfast, Lunch, Dinner)
- Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar (check-out)
- Memulakan perjalanan kembali ke Medan melalui laluan tanah tinggi Berastagi
- Singgah menikmati panorama pergunungan yang memukau di Simarjarunjung Nice Hill Panorama
- Meneruskan perjalanan untuk melawat Air Terjun Sipisopiso yang ikonik
- Menikmati pemandangan indah Gunung Sinabung di sepanjang laluan menuju ke Berastagi
- Singgah di Pasar Buah-buahan dan Bunga di Berastagi (boleh borong buah segar!)
- Melawat Taman Pagoda Lumbini yang tersergam indah
- Tiba di Kota Medan, daftar masuk hotel & atur cara bebas.
Hari 4: Anne Velangkanni, Grand Mosque, Maimoon Palace, Mariamman Temple, Gunung Timur Temple, Cemara New City Maha Maitreya (Breakfast, Lunch, Dinner)
- Sarapan pagi di hotel, diikuti dengan lawatan sekitar kota (city tour) Medan
- Melawat seni bina unik Gereja Graha Maria Annai Velangkanni
- Meneruskan lawatan ke Istana Maimun dan Masjid Raya Al-Mashun (Masjid Besar Medan) yang penuh sejarah
- Melawat Tokong Sri Mariamman dan Tokong Gunung Timur
- Sesi ‘food hunting’! Menikmati pelbagai kuliner dan snek viral khas Medan.
- Pulang ke hotel & atur cara bebas
Hari 5: Shopping Program, Airport (Breakfast)
- Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Seterusnya, masa untuk borong buah tangan terakhir khas Medan (seperti Kek Bika Ambon atau Bolu Meranti).
- City tour santai
- Melewati bangunan warisan sejarah Tjong A Fie Mansion, Merdeka Walk, Bangunan Lonsum, Hotel D’Bour, Pejabat Pos, dan Stesen Railink
- Dihantar terus ke lapangan terbang (Kualanamu) untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
- Atur cara tamat dan Pelancong disarankan untuk mengambil penerbangan malam sekitar jam 6:00 petang ke atas).
Harga Pakej Percutian Medan 5H4M
Travel ke Medan sangat mudah dan berpatutan. Harga pakej percutian Medan 4 hari 3 malam ini boleh diselaraskan mengikut kehendak Anda, tetapi hubungi CS kami dahulu.

Fasilitas Pakej Percutian Medan 5H4M
Kemudahan pakej Medan 5 hari 4 malam yang disediakan sepanjang percutian ialah
- Hotel 3 malam dan breakfast
- Pengangkutan sepanjang hari (private tour)
- Tiket lawatan seperti dalam jadual perjalanan & parkir
- Mineral water
- Guide/Driver
- Personal expenses
- Tipping guides/drivers
- Tiket penerbangan
- Porter lapangan terbang
- Makanan tambahan







